Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Johor, menahan seorang pemilik kedai yang didapati menyimpan dan menjual pelbagai minuman keras tiruan dan tidak bercukai di Taman Gembira, Johor Bahru.<br /><br />Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek berusia 53 tahun itu menjadikan kedainya sebagai lokasi penyimpanan arak terbabit, sejak 3 bulan lalu.
